Sokong pembangunan & kerjasama serantau, PM Anwar terima anugerah tertinggi Timor-Leste

LocalPolitics
24 Sep 2025 • 10:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terima anugerah tertinggi iaitu Grand Collar of the Order of Timor-Leste bagi mengiktiraf peranan Malaysia dalam menyokong pembangunan dan kerjasama serantau.

Menurut laporan Astro Awani, sempena lawatan rasmi ke negara tersebut, Anwar turut menyampaikan ucaptama dalam siri Presidential Lecture di Istana Presiden, Dili, Timor-Leste, hari ini.

Beliau menekankan kepentingan penyertaan Timor-Leste dalam ASEAN sebagai langkah memperkukuh integrasi ekonomi, kestabilan politik dan jaringan diplomasi rantau ini dalam syarahannya yang bertajuk “ASEAN & the role of Timor-Leste”.

Terima anugerah tertinggi

image is not available

“Lawatan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia–Timor-Leste, malah memberi peluang membincangkan isu-isu global yang mendasari kepentingan bersama,” katanya.

Program itu turut disiarkan secara langsung melalui RTM pada jam 4 petang waktu Malaysia, membolehkan rakyat mengikuti amanat serta pandangan negara berhubung perkembangan geopolitik di Asia Tenggara.

Lawatan rasmi ini juga dijangka akan memperkukuh kerjasama dalam pelbagai aspek merangkumi ekonomi, pendidikan, keselamatan serta hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

image is not available

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved