Sokongan Google Chrome Untuk Android 6.0 Ditamatkan

TechnologyDigital
28 Oct 2022 • 12:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pelayar web paling popular dunia adalah Google Chrome menurut statcounter, di mana 65.7% pengguna menggunakannya berbanding Safari 18.66%, Edge 4.32%, Firefox 3.14%, Samsung Internet 2.75% dan Opera di tempat terakhir dengan 2.25%.

Beberapa hari lepas, telah kami laporkan yang sokongan Google Chrome akan ditamatkan untuk Windows 7 dan Windows 8.1 pada Februari 2023 akan datang. Kini, nampaknya versi lama Android turut akan ditamatkan sokongan.

image is not available

Google Chrome versi 107 kini dilihat hanya menyokong Android 7.0 (Nougat) dan ke atas sahaja. Ini bermakna, pelayar web ini tidak lagi disokong pada peranti Android yang menjalankan Android 6.0 (Marshmallow). Informasi ini diperoleh melalui laman APKMirror yang menyenaraikan fail APK Chrome versi ini hanya boleh dipasang pada Android 7.0 dan ke atas sahaja.

image is not available

Google Chrome versi 107.0.5304.54 masih belum diedarkan secara meluas. Peranti Android yang saya gunakan sekarang pun masih menjalankan Chrome versi 106 walaupun sudah dikemaskini di Play Store. Tetapi mereka yang berminat, boleh sahaja muat turun APK di laman ini.