
LAHAD DATU: Sokongan dan kesetiaan akar umbi masih utuh untuk Parti Warisan (Warisan) Bahagian Lahad Datu.
Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Assaffal P. Alian berkata, ahli akar umbi di kawasan ini masih setia mendokong perjuangan parti untuk rakyat.
Katanya, ahli-ahli turut menyatakan ikrar untuk terus bersama Warisan dan kepimpinan meskipun berlaku pergolakan.
“Saya telah berjumpa ketua-ketua cawangan di kawasan dan mereka menyatakan kesetiaan serta sokongan mereka masih utuh terhadap Warisan.
“Saya amat menghargai sokongan dan kesetiaan mereka untuk terus mendokong perjuangan parti,” katanya.
Menurut Assaffal, maklum balas yang diterima dari rakyat turut menunjukkan bahawa rakyat masih menyokong perjuangan Warisan. Katanya, meskipun dua Adun (Segama dan Kunak) di Parlimen Lahad Datu telah meninggalkan parti, namun tindakan mereka tidak disokong sepenuhnya oleh ahli lain.
“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tindakan mereka tidak memberikan impak yang negatif kepada parti.
“Pejuang asal parti dan ketua-ketua cawangan masih setia bersama parti bagi sama-sama berjuang demi kepentingan rakyat,” tambahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

