
PENAMPANG: Peniaga pelbagai hasil kampung di Tamu Tradisi Inobong akan sentiasa memerlukan bantuan dan kerjasama daripada Majlis Daerah Penampang (MDPG) bagi memastikan mereka terus mempunyai tempat berniaga yang kondusif.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Inobong, Nicholas Pasus berkata, lebih 20 penjual kecil-kecilan yang mencari nafkah di tamu itu mahu pihak berkuasa tempatan itu memberi tumpuan kepada tempat itu kerana ia terletak dalam bidang kuasa mereka.
“Tamu Inobong berada dalam jagaan mereka. Berpuluh tahun ia tidak diperdulikan hingga ia menjadi seperti hutan. Tapak tamu yang bersejarah ini terbengkalai begitu sahaja,” katanya dalam entri aplikasi Whatsapp.
