Sokongan Microsoft 365 Untuk Windows 10 Dilanjutkan Sehingga 2028

TechnologyDigital
14 May 2025 • 9:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft akan menghentikan sokongan untuk Windows 10 pada 14 Oktober 2025. Pengguna Windows 10 disarankan untuk menaik taraf sistem operasi ke Windows 11 untuk terus mendapatkan sokongan perisian. Tetapi hari ini Microsoft mengumumkan mereka akan melanjutkan sokongan untuk Microsoft 365 untuk Windows 10 sehingga 10 Oktober 2028

image is not available

Lanjutan diberikan bagi membolehkan pengguna Windows 10 terus menggunakan perisian ini dengan selamat selama tiga tahun lalu. Dianggar sekitar 500 juta PC di dunia masih menggunakan Windows 10. Ini bersamaan dengan 54% PC di dunia. Dengan jumlah pengguna yang masih banyak ini, lanjutan mungkin terpaksa diberikan bagi memastikan tiada isu kerentanan sekuriti berlaku selepas 10 Oktober.

Sungguhpun begitu sokongan untuk Office dan OneNote tidak akan dilanjutkan dengan pengumuman telahpun dilakukan sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved