Sokongan Sekuriti Windows 10 Selepas 2025 Boleh Diterima Selama Setahun Dengan Bayaran $30

TechnologyDigital
1 Nov 2024 • 10:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sokongan kemas kini untuk Windows 10 akan berakhir secara rasmi pada 14 Oktober 2025. Sebelum ini Microsoft mengatakan sokongan kemas kini Extended Security Updates selama tiga tahun lagi akan diberikan selepas 2025 tetapi hanya untuk pelanggan perniagaan sahaja.

image is not available

Hari ini mereka mengumumkan sokongan selama setahun akan diberikan kepada pelanggan Windows 10 perseorangan tetapi dengan bayaran tambahan $30 (~RM 131). Sokongan ini diberikan kepada pengguna perseorangan yang masih belum bersedia atau mampu untuk menaik taraf ke komputer yang disokong Windows 11.

Dalam laporan Statcounter, Windows 10 digunakan 62.79% pemilik PC dengan Windows 11 pula adalah 33.37%, Windows 8.1 (3.6%), Windows XP (0.34%) dan Windows 8 (0.22%). Microsoft berkata cara untuk melanggan ESU tambahan setahun untuk pengguna perseorangan akan diumumkan tahun depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved