
Pernah kami laporkan dulu yang 14 Januari 2020 adalah tarikh tamatnya sokongan daripada Windows terhadap sistem operasi Windows 7 dan Windwos 8.1 tetapi tidaklah sepenuhnya. Tidak sepenuhnya kerana servis sokongan tampalan keselamatan ataupun bantuan teknikal masih disediakan dengan bayaran.
Rasionalnya adalah, terdapat pihak yang menghadapi masalah untuk naik taraf, syarikat dan industri. Paling mudah kita dapat melihat bagaimana, mesim ATM pun masih ada menjalankan sistem operasi yang lama. Tidak ketinggalan papan iklan digital di dalam dan luar bangunan.
Tapi, pada 10 Januari 2023, Microsoft megumumkan yang sokongan dihentikan sepenuhnya, walaupun ada yang sanggup membayar servis teknikal. Makanya, di masa depan, mana-mana komputer yang masih menggunakan sistem operasi legasi berkemungkinan akan terdedah kepada ancaman keselamatan sekiranya kerentanan baharu ditemukan.
Masalahnya, masih banyak sistem-sistem yang digunakan syarikat, tidak dapat beroperasi dengan baik apabila digunakan dengan sistem operasi yang tidak direka khusus untuknya. Ini membuatkan, syarikat tidak mahu mengambil risiko sistem mereka tidak boleh digunakan atau rosak, apabila menaik taraf sistem operasi. Sudahnya, syarikat terus menggunakan sistem lama sehingga mereka mahu mengeluarkan wang membeli sistem yang baru.
Sumber: Windows

