Sokongan untuk kerajaan perpaduan kekal: BN

Politics
22 Jul 2024 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) menyokong kerajaan perpaduan sedia ada dan masih belum membuat pengumuman lanjut mengenai rakan sekutunya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN17) yang akan datang.

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan biasa memang ada “tetapi yang paling penting kita sokong kerajaan perpaduan dan pada masa sama kita pimpin BN Sabah.”

Mengenai gesaan untuk kepimpinan cara Sabah sendiri (Sabahan Style), katanya, ia akan terjawab apabila tiba masanya tetapi buat masa ini, kerajaan perpaduan masih terjalin dan bekerja dengan harmoni.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas menutup Himpunan BN Sabah dan Konvensyen BN Sabah di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Hadir sama Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Naib Pengerusi BN yang juga Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, Presiden PBRS Datuk Arthur Joseph Kurup, Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Suhaimi Nasir, wakil MIC Dan MCA Sabah, antara lain.

Ahmad Zahid berkata, semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dan “Friends of BN” tidak dipinggirkan.

“Kita santuni semua rakan kita dan buktinya Wee diberikan penghormatan untuk berucap dan merasmikan konvensyen BN Sabah.

“Begitu juga Arthur dan wakil MIC dan bukan sahaja dalam dalam pilihan raya kecil baru-baru ini tetapi dalam pilihanraya umum yang lalu, kerusi juga diperuntukkan walaupun tidak semua ‘friends of BN’ tetapi kita juga memberi peluang untuk mereka untuk bertanding,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata BN juga perlu terus bangkit kerana sudah biasa dalam berkawan ada musuh dan begitu sebaliknya.

Katanya, Umno dan BN sentiasa komited bagi membangunkan Sabah.

Semasa pemerintahan BN, tiga tuntutan luar terhadap Sabah juga berjaya dihalang dan begitu juga dalam menjaga kedaulatan negara dan negeri termasuk ketika kes Tanduo di Lahad Datu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.