Solidariti Palestin: Solat hajat selepas Jumaat di Masjid, surau di Selangor

6 Apr 2023 • 1:27 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

SHAH ALAM: Seluruh masjid dan surau di Selangor akan melaksanakan solat hajat selepas solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin susulan serangan polis israel terhadap jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa hari ini.

Dalam kenyataan malam ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia sebagai tanda solidariti kepada semua mangsa dalam serangan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang cedera dan lebih 350 rakyat Palestin ditahan.

image is not available
“Kerajaan Selangor menyatakan solidariti bersama warga Palestin dan mengajak pemimpin seluruh dunia untuk bersama-sama mengutuk dan mengecam serangan ke atas rumah ibadat, tindakan provokasi yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi manusia terutamanya pada bulan yang penuh mustajab ini,”
katanya.

Amirudin berkata tindakan kejam itu kerap berulang terutamanya pada Ramadan seperti yang berlaku pada April tahun lepas.