Solskjaer kendali Leicester musim depan?

Football
9 Jun 2024 • 7:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Solskjaer. Foto Agensi

BEKAS pemain dan pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dikatakan bakal kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dikaitkan dengan Leicester City.

Leicester kembali melonjak ke saingan EPL selepas mengungguli kempen Liga Kejuaraan musim ini.

Namun, kelab tersebut kehilangan Enzo Maresca selepas pengendali dari Itali itu memutuskan untuk menyertai Chelsea bg musim 2024/25.

The Foxes kini mencari pengurus baharu dan Solskjaer antara individu yang berada dalam radar kelab tersebut.

Lapor The Sun, Solskjaer teruja apabila namanya dikaitkan dengan Leicester, namun dia bukan satu-satunya pengurus diintai kelab tersebut kerana lembaga pengarah The Foxes turut berminat mendapatkan Graham Potter dan Steve Cooper.

Pada 2021, United menamatkan khidmat Solskjaer sebagai pengurus di Old Trafford selepas tiga tahun.

Pengendali dari Norway itu dilantik pengurus United bagi menggantikan Jose Mourinho yang dipecat daripada jawatannya pada 2018.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved