Son Na Eun, Aktor Lee Soon Hyuk Terkait Dengan Gosip Cinta, Netizen Ada Bukti-Buktinya!

Music
13 Dec 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Son Na Eun - Gambar Instagram Son Na Eun

Jabatan netizen di Korea juga tidak kurang hebatnya dengan jabatan netizen di negara ini kerana mereka juga memiliki tim penyiasat ala CSI yang mampu mengorek segala hal berkaitan kehidupan peribadi dan hubungan cinta seseorang artis itu. 

Terbaru, menerusi ruangan sebuah ruangan komuniti forum, netizen telah menjumpai beberapa bukti yang boleh menguatkan dakwaan mereka bahawa bekas ahli Apink, Son Na Eun dengan aktor Lee Soo Hyuk sedang menjalinkan hubungan cinta. 

Antara bukti-bukti tersebut, baik Son Na Eun mahupun Lee Soo Hyuk, kedua-dua selebriti ini gemar menikmati makanan mereka di restoran salad yang sama. 

image is not available
Lee Soo Hyuk (kiri) dan Son Na Eun - Gambar dari Instagram masing-masing

Bahkan, mereka juga pergi ke pusat gym yang sama serta mendapatkan khidmat jurulatih peribadi gym yang sama. Selain itu, mereka juga mempunyai hobi yang sama iaitu bermeditasi pada setiap pagi. 

Tidak cukup dengan itu, netizen juga mendapati bahawa Lee Soo Hyuk juga mempunyai akaun Instagram tidak rasmi dan mengikuti beberapa rakan selebriti seperti Taeyeon dan Tiffany daripada Girl’s Generation. Taeyeon dan Tiffany merupakan antara rakan-rakan rapat Son Na Eun. 

Aktor itu juga dilihat mengikuti beberapa orang lain yang juga diikuti Son Na Eun, termasuk guru bahasa Inggerisnya. Wow! Memang hebat sungguh Jabatan Netizen Korea. – Getaran, 13 Disember 2022 

View Original Article