Song Jihyo Bakal Muncul Dalam Drama Adaptasi ‘Confidence Man KR’

EntertainmentMovie
11 Jul 2025 • 10:52 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Song Ji-hyo bakal kembali ke skrin kaca selepas tiga tahun.

Menurut laporan media, Song Ji-hyo akan membuat penampilan khas dalam drama original Amazon berjudul “Confidence Man KR”.

“Confidence Man KR” mengisahkan tiga penipu serba boleh yang menjalankan penipuan besar-besaran terhadap golongan jahat dari pelbagai lapisan masyarakat. Ia merupakan drama Korea pertama yang diterbitkan secara original oleh Amazon, dengan keseluruhan 12 episod telah pun selesai penggambarannya.

Drama ini diadaptasi daripada siri Jepun “Confidence Man JP”, namun akan memaparkan episod baharu yang mencerminkan emosi dan perspektif Korea. Setiap episod akan membawa jalan cerita yang berbeza, menampilkan pelbagai watak dengan karakter dan daya tarikan tersendiri.

image is not available

Dalam perkembangan ini, Song Ji-hyo akan muncul semula dalam dunia drama buat pertama kali selepas tiga tahun, sejak penampilan khasnya dalam drama tvN, “Shooting Stars” pada tahun 2022. Ramai yang menantikan watak bagaimana yang akan dibawakannya kali ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved