Sonos Era 300 Mungkin Adalah Speaker Mercu Baharu Sonos

TechnologyDigital
7 Feb 2023 • 11:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lepas, telah kami laporkan yang Sonos akan hadir dengan siri speaker baharu di bawah nama Optimo 2. Speaker ini dikatakan adalah produk mercu mereka dan akan hadir dengan rekaan paling unik. Speaker ini turut akan dimuatkan dengan spesifikasi hebat menggabungkan banyak ciri dan fungsi speaker mereka sebelum ini.

Kini, The Verge melaporkan akan terdapat dua speaker di bawah siri baharu ini. Optimo 2 hanyalah kod nama dan nama sebenar yang akan dilancarkan nanti adalah Sonos Era 300 dan Sonos Era 100.

image is not available

Era 300 mempunyai ciri audio spatial dan Dolby Atmos, pemacu audio yang boleh mengeluarkan audio pada pelbagai arah, rekaan akustik baharu untuk pengalaman pendengaran baharu dan didakwa mempunyai kualiti audio dengan fideliti tertinggi dari Sonos setakat ini. Bukan itu sahaja ciri penalaan automatik dan pengoptimasian audio kendiri turut akan disertakan, mungkin seakan Devialet Mania yang pernah kami ulas sebelum ini.

Butiran Sonos Era 100 masih kurang jelas, tetapi dikatakan turut menyokong audio Dolby Atmos dan mungkin akan menyertakan sokongan mikrofon untuk menjadi speaker pintar. Era 300 dan Era 100 dikatakan akan menjadi pengganti kepada Sonos Play 3 dan Sonos One.