Sonos Move 2 Tertiris – Mungkin Dilancarkan September Ini

TechnologyDigital
3 Aug 2023 • 2:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sonos Move adalah speaker mudah alih Sono yang dilancarkan pada tahun 2019. Menurut laporan The Verge, Sonos Move 2 akan dilancarkan pada hujung September tidak lama lagi. Speaker baharu ini mempunyai penambahbaikan berbanding Move dan turut meminjam sedikit rekaan Sonos Era 100 dan Sonos Era 300.

Move 2 dikatakan akan akhirnya menyokong audio stereo. Sokongan TruePlay automatik turut disediakan agar speaker boleh menala audio mengikut posisi berbeza. Bateri akan bertahan sehingga 24 jam dengan ianya boleh ditanggalkan dan dicas secara nirwayar.

image is not available

Bahagian kawalan mengikut rekaan butang pada Era 100 dan 300. Sambungan adalah melalui WiFi 6, Bluetooth 5.0 atau USB-C. Move 2 turut akan menyokong perlindungan kali air dan debu IP56 dan dibina dengan bahan binaan tahan lasak.

Sonos Move 2 dikatakan akan dijual pada harga $449 iaitu sekitar (~RM2046) dengan tiga pilihan warna hitam, putih atau zaitun. Pelancaran di Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini, tetapi Sonos Move pertama dijual pada harga RM2499.