Sony Berhenti Mengilangkan Telefon Pintar Sendiri

TechnologyDigital
3 Jun 2025 • 4:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setiap era akan berakhir. Manchester United dahulunya liar dan angkuh kini tersungkur di tangan pasukan sepak bola ASEAN. Mawi dahulunya bintang fenomena muzik kini tidak lagi dikenali Gen Z. Blogserius pula dikambus TikTok yang mengikis intelek. Era seterusnya yang tiba ke akhir garisan ialah Sony yang tidak lagi mengilangkan sendiri telefon pintar mereka.

image is not available

Menurut laporan Sumahodigest, dua kilang Sony di Chonburi dan Bangkady di Thailand dan Wuxi di China tidak lagi menyenaraikan telefon pintar sebagai produk yang dikilangkan. Ini telah dilakukan sejak pertengahan bulan Mei dan memberikan petanda Xperia 1 VII Ialah telefon pertama mereka yang dikilangkan oleh OEM.

Landskap telefon pintar telah berubah drastik berbanding zaman Sony Ericsson dahulu. Sony kini memegang kurang daripada 1% pasaran telefon pintar global pada tahun 2024. Penjualan peranti juga mula dihadkan ke pasaran tertentu sahaja serta model yang ditawarkan setiap tahun juga sudah dikurangkan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved