Sony Dalam Perbincangan Untuk Ambil-Alih Kadokawa

TechnologyGamingDigital
19 Nov 2024 • 7:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony kini dilaporkan dalam perbincangan untuk mengambil-alih salah satu syarikat media terkemuka Jepun, iaitu Kadokawa. Sony sedia mempunyai pegangan sebanyak 2% pada Kadokawa, dan pengambil-alihan ini mungkin mencapai nilai hampir $3 bilion.

Kadokawa mempunyai sejumlah penerbitan dan syarikat permainan dibawah mereka. Malah, syarikat tempatan GempakStarz juga turut dimiliki oleh Kadokawa.

image is not available

Kadokawa sebelum ini telah bermula sebagai sebuah penerbit pada 1945 lepas, dan telah memperluaskan penawaran mereka meliputi permainan, anime, dan acara.

Untuk Sony sendiri, mereka mempunyai pelaburan yang tinggi dalam arena anime dan juga permainan – membuatkan pengambil-alihan Kadokawa merupakan salah satu pelengkap untuk mereka.

Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan baharu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved