Sony DualSense Edge Kini Boleh Ditempah Pada Harga RM999

TechnologyDigital
26 Jan 2023 • 11:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Beberapa bulan dahulu, Sony telah mengumumkan sebuah alat pengawal permainan baru, iaitu Sony DualSense Edge yang hadir dengan butang-butang tambahan yang boleh diubahsuai secara fizikal dan juga menggunakan perisian.

Terkini, Sony Malaysia telah mengesahkan bahawa pengawal permainan ini akan memasuki pasaran tempatan, dan sudahpun boleh ditempah melalui kedai atas talian Sony Malaysia pada harga RM999.

image is not available

Malah, mereka juga mengatakan bahawa pengawal permainan ini akan dijual secara rasmi bermula 31 Januari ini, dan semua tempahan akan dihantar keluar pada tarikh tersebut.

Pengawal permainan DualSense Edge hadir dengan fungsi menarik seperti pengubahsuaian sensitiviti butang pemicu (trigger buttons), butang-butang profil dan juga kayu analog yang boleh ditukar juga.

Sony DualSense Edge boleh digunakan bersama-sama konsol Sony PlayStation 5 dan juga komputer gaming, dan jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membelinya di kedai atas talian Sony Malaysia.

View Original Article