Format audio Eclipsa dibangunkan Google dan Samsung tahun lalu sebagai pesaing Dolby Atmos untuk menawarkan pengalaman audio menyeluruh. Pada waktu ini Eclipsa disokong di YouTube. Bagi penghasil kandungan yang ingin melakukan rakaman audio spatial dengan Eclipsa, mikrofon Sony ECM-AX10 telah dilancarkan untuk tujuan ini.

Sony ECM-AX10 boleh melakukan rakaman audio tiga dimensi dan yang pertama dipasarkan untuk menyokong rakaman Eclipsa berasaskan standard IAMF. Ia hadir dengan empat mikrofon pelbagai-arah dalam modul berbentuk sfera untuk menangkap bunyi 360 darjah.

Audio lebih realistik dirakam kerana maklumat arah, jarak dan ruang bunyi direkodkan. Selain audio spatial, rakaman audio binaural dengan sokongan Sony 360 Reality Audio dan stereo biasa turut boleh dilakukan.
Mikrofon mempunyai panjang kira-kira 116 mm dan seberat Berat hanya sekitar 24 gram. Sambungan terus melalui USB-C dilakukan pada telefon pintar. Di Jepun Sony ECM-AX10 akan mula dijual pada 23 Oktober 2026 dengan harga pasaran sekitar 30,000 yen (~RM 774).


