Sony Mengacah Kamera Baharu “BURANO” Pada 12 September

TechnologyDigital
7 Sep 2023 • 12:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony menerusi kemaskini baharu mendedahkan bahawa terdapatnya produk baharu bakal tiba pada 12 September mendatang. Melihat secara langsung menerusi poster dikongsi ia boleh menjadi pengenalan kamera baharu di bawah penjenamaan CineAlta, yang digunakan Sony pada barisan kamera untuk kegunaan perfileman profesional.

image is not available
Sony Venice 2

Kali terakhir Sony dilihat menawarkan kamera bagi tujuan tersebut adalah pada tahun 2021 menerusi model Venice 2. Nampaknya kita bakal melihat kemaskini baharu pada tahun ini dipanggil sebagai “BURANO” yang boleh menjadi satu siri baharu untuk kamera tersebut. Hal ini memandangkan kalau mengikut pemikiran secara logiknya Burano adalah sebuah pulau di Venesia (Venice), Itali.

image is not available

Namun, terlebih dahulu, perkara ini masih diperingkat jangkaan awal semata. Kesemua persoalan hanya akan terjawab sewaktu pelancaran rasmi pada minggu hadapan termasuklah mengenai penawaran harganya.