Sony Menghentikan Pengeluaran Kad Memori Kerana Kekurangan SSD

TechnologyBusiness & Finance
28 Mar 2026 • 12:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Industri kecerdasan buatan (AI) meragut satu lagi mangsa minggu ini selepas Sony menghentikan hampir keseluruhan perniagaan kad memori SD dan CFexpress sejak semalam. Menerusi laman mereka sendiri, Sony mengatakan pengeluaran dihentikan seketika kerana kekurangan memori SSD di seluruh didorong oleh permintaan besar-besaran daripada pusat data AI.

image is not available

Sony berniat menyambung semula pengeluaran tetapi tiada tarikh muktamad diberikan setakat ini. Antara produk yang dihentikan pengeluaran ialah kad CFexpress Type A, CFexpress Type B, SD Touch, dan SD. Ini menjadikan Sony syarikat fotografi pertama menghentikan pengeluaran memori setakat ini.

Tahun lalu Micron menghentikan produk Crucial kerana menumpukan perhatian kepada pengeluaran untuk pusat data. Awal tahun ini pula Western Digital mengumumkan kapasiti pengeluar mereka sudah habis ditempah sementara Samsung mungkin menghentikan pengeluaran storan SSD SATA juga kerana permintaan lebih tinggi industri AI.

View Original Article