Sony Menghentikan Pengeluaran PlayStation VR2 Kerana Lambakan Stok

TechnologyDigital
18 Mar 2024 • 4:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony telah menghentikan pengeluaran PlayStation VR2 (PSVR2) kerana lambakan stok yang masih belum dijual menurut laporan Bloomberg. Sejak dilancarkan pada tahun lalu, sebanyak 2 juta PSVR2 telah dikeluarkan oleh Sony. Pengeluaran set kepala VR ini berkurangan setiap suku sejak ia dilancarkan.

image is not available

Jumlah jualan PSVR2 yang kurang memberangsangkan telah dilaporkan sejak dari awal lagi. Malahan pengeluaran semua set kepala menunjukkan trend penurunan di peringkat global yang melihat Pico membuang sebilangan pekerja. Sony sendiri menutup studio PlayStation London yang menghasilkan pelbagai permainan realiti maya. Bagi menjana penjualan PSVR2, Sony telah mengumumkan ia boleh digunakan pada PC pada tahun ini tetapi tarikh belum lagi diumumkan.

Satu-satunya set kepala yang sedang mendapat sambutan hangat pada waktu ini ialah Vision Pro yang melangkaui ramalan awal Apple. Google dan Samsung sendiri menangguh pelancaran set kepala AR dengan cip Qualcomm tahun lalu bagi melakukan rekaan semula selepas Vision Pro diperlihatkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved