Sony Menghentikan Penjualan Dron Airpeak S1 

TechnologyDigital
11 Nov 2024 • 4:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Empat tahun yang lalu Sony memasuki aren dron untuk fotografi dengan pengenalan Airpeak S1. Semasa dilancarkan ia adalah dron yang direka khusus untuk digunakan bersama kamera digital keluaran mereka. Tetapi minggu lalu Sony mengumumkan jualan dron Airpeak S1 akan dihentikan bermula Mac 2025.

image is not available

Selain dron, jualan bahagian gimbal, pemancar, pengecas bateri, pek bateri, kit radio, dan kipas juga turut dihentikan. Jualan kipas tambahan dan bateri hanya akan dilanjutkan sehingga Mac 2025 dengan sokongan kepada pelanggan akan diberikan hanya sehingga Mac 2030.

Semasa dilancarkan Sony Airpeak S1 mampu terbang sehingga kelajuan 90km/j dan menyasarkan pengguna dari golongan profesional. Tetapi dengan harga jualan bermula $9000 sebuah, ia kurang mendapat sambutan kerana terdapat produk yang lebih berkemampuan yang dihasilkan oleh DJI.

View Original Article