Sony Menutup Bluepoint Games Yang Menghasilkan Olahan Semula Demon’s Souls

TechnologyGaming
20 Feb 2026 • 8:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bluepoint Games, studio yang membangunkan permainan olahan semula Demon’s Souls dan Shadow of the Colossus akan ditutup bermula Mac 2026. Sony berkata keputusan menutup Bluepoint Games diambil selepas melakukan kajian perniagaan terkini. Penutup studio ini dilakukan lima tahun selepas studio dibeli untuk duduk di bawah payung PlayStation Studios.

image is not available

Kali terakhir Bluepoint Games menerbitkan permainan ialah Demon’s Souls lima pada tahun 2020 dengan mereka dikhabarkan membangunkan sebuah permainan God of Wars baharu yang dibatalkan tahun lalu. Bluepoint Games menjadi sebuah lagi studio yang terkorban kerana perubahan landskap dunia permainan video.

Sekitar 70 orang kakitangan terjejas dengan penutupan studio yang terletak di Texas ini. Ia juga menguburkan impian peminat yang ingin melihat Bluepoint menghasilkan olahan semula Bloodborne.

View Original Article