Sony PlayStation Pulse Explore Dan Pulse Elite Dijual Di Malaysia Pada 8 Mac

TechnologyGamingDigital
21 Feb 2024 • 8:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua aksesori audio Sony Pulse Explore dan Pulse Elite akan mula dijual di Malaysia pada 8 Mac depan. Penantian akhirnya akan berakhir sejak kedua-duanya diumumkan pada Ogos tahun lalu. Kedua-duanya merupakan aksesori audio nirwayar yang dikhususkan untuk konsol PS5. Pada masa sama turut dilengkapi pelbagai teknologi menarik bertujuan meningkatkan lagi pengalaman mendengar sewaktu bermain.

image is not available

Bagi yang berminat harga jualan fon telinga PlayStation Pulse Elite ialah RM699 dan fon kepala Playstation Pulse Explore pula pada harga RM999. Turut disertakan dengan setiap pembelian tersebut adalah PlayStation Link USB Adapter, namun masih boleh didapati secara berasingan pada harga RM119 seunit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved