Sony ULT Wear Mengembalikan Era Fon Kepala Extra Bass Pada Harga RM899

TechnologyDigital
12 Apr 2024 • 12:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ketika dekad 90an Sony melancarkan Walkman, fon telinga dan fon kepala dengan ciri Extra Bass bagi memenuhi keperluan pengguna yang inginkan kepala mereka digegarkan oleh dentuman bass. Ciri ini kembali semula ditawarkan menerusi siri ULT yang dilancarkan semalam.

image is not available

Fon kepala Sony ULT Wear dilengkapi butang yang apabila ditekan memberikan profil bass ULT1 yang biasan atau ULT2 dengan dentuman yang lebih kuat. Ia juga hadir dengan sistem pembatalan hingar, kemampuan dan menjejak posisi kepala. Pemandu audio adalah sebesar 40mm dari jenis neodymium.

Walaupun ditawarkan sebagai fon kepala mampu milik berbanding XM5, ia mempunyai ciri kawalan pad sesentuh pada bahagian sisi. Muzik akan dijeda secara automatik apabila fon kepala ditanggalkan dan disambung semula apabila dipakai. Bagi pengguna Android, Fast Pair disokong bersama dengan tambatan kepada lebih daripada satu peranti serentak.

image is not available

Dengan sekali caj bateri boleh bertahan sehingga 30 jam dengan pengecasan semula mengambil masa 3.5 jam. Sistem audio DSEE disertakan tetapi codec yang disokong sekadar SBC dan AAC sahaja. Tambatan dilakukan menggunakan bluetooth tetapi juga boleh menerusi kabel 3.5mm. Akhir sekali tubuh fon kepala diperbuat daripada bahan plastik. Di Malaysia Sony ULT Wear dijual pada harga RM899 sepasang dalam warna Black, Offwhite dan Forest Grey.

View Original Article