Sony Umum Penawaran Android 13 Untuk Xperia 1 IV Dan Xperia 5 IV

TechnologyDigital
3 Nov 2022 • 8:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sony kini mengumumkan pengenalan kemaskini sistem operasi Android 13 terkini untuk para pengguna telefon pintar edisi 2022 mereka – sekaligus menjadikan Sony antara yang terawal menawarkan kemaskini sistem operasi terbaru tersebut.

image is not available

Melalui Android 13, sejumlah pembaharuan disertakan, termasuk kebolehan kustomasi antaramuka dan paparan, sokongan widget lebih meluas, termasuk sekuriti yang ditambah-baik dan pelbagai ciri baharu yang lain.

Buat masa ini, Sony menawarkan kemaskini untuk pengguna Xperia 1 IV dan Xperia 5 IV sahaja – dimana kedua-duanya telah diperkenalkan pada tahun 2022 ini. Kemaskini untuk peranti lain dijangka menyusul selepas ini.