Sony WF-1000XM5 Tertiris Dengan Rekaan Lebih Kompak Berbanding Model Terdahulu

TechnologyDigital
16 Mar 2023 • 12:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sony boleh dikatakan cukup terkenal dengan aksesori audio premium yang berkualiti tinggi dan salah satu daripadanya adalah Sony WF-1000XM4. Ia telah diumumkan di Malaysia dua tahun lalu pada harga jualan RM1099 seunit. Namun kini terdapat promosi harga cukup menarik iaitu RM599 di Shopee.

image is not available

Gambaran kehadiran generasi baharu untuknya dibayangkan boleh berlaku berikutan tularnya beberapa imej yang memperlihatkan rekaan untuknya. Memetik beberapa sumber, fon telinga baharu Sony juga telah disahkan melepasi pangkalan data FCC dan imej yang tular tersebut mendedahkan rekaan membulat yang lebih kompak berbanding pendahulunya.

image is not available

Ini dipadankan pula dengan keseluruhan tubuh daripada bahan yang berkilat. Seterusnya pelekat pada fon telinga secara jelas menunjukkan ianya dihasilkan di China. Saiz pod pengecasn/simpanan pula adalah kecil dengan sudut yang dibulatkan seumpama Sony WF-1000XM4. Namun ia dikatakan mempunyai mekanisme pengecasan dua pin bukannya seperti generasi sebelum ini yang menggunakan sistem pengecasan tiga pin.

image is not available

Sokongan pengecasan nirwayar Qi dijangka turut disokong oleh fon telinga ini ekoran pendedahan turut memperlihatkan terdapatnya gegelung khusus untuk pengecasan tersebut disertakan pada pod pengecasan/simpanan. Tiada tarikh pelancaran khusus diketahui buat masa ini.