Sony WH-1000XM6 Dalam Warna Olive Grey Dilancarkan Pada Harga RM1999

TechnologyDigital
4 Aug 2026 • 10:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony WH-1000XM6 Dalam Warna Olive Grey Dilancarkan Pada Harga RM1999

Sony WH-1000XM6 telah dilancarkan Mei tahun lalu dalam warna Sand Pink, Sandstone, Black, Platinum Silver, dan Midnight. Pagi ini ia ditawarkan pula dalam warna baharu Olive Grey.

Image from: Sony WH-1000XM6 Dalam Warna Olive Grey Dilancarkan Pada Harga RM1999

Hanya warna baharu ditawarkan dengan ia masih XM6 dilengkapi cip Sony QN3 yang menawarkan pemprosesan pembatalan hingar 7x lebih pantas berbanding QN1 yang digunakan XM5. Pemandu audio adalah sebesar 30mm jenis dinamik dengan ia dipadankan dengan 12 mikrofon bagi menyokong ciri ANC lebih baik. Sambungan boleh dilakukan menggunakan bluetooth dan kabel audio 3.5mm.

Sokongan audio Hi-Res Audio, LDAC, DSEE Extreme dan 360 Reality Audio dikekalkan bersama penjejakan lokasi kepala. Bateri boleh bertahan sehingga 30 jam dengan pengecasan 3 minit sahaja boleh menawarkan penggunaan sehingga 3 jam.

Pratempahan Sony WH-1000XM6 dalam warna Olive Gret telahpun dibuka dengan fon kepala dijual pada harga promosi RM1999 yang lebih murah berbanding RM2099 semasa dilancarkan. Fon kepala akan mula diterima pembeli bermula 19 Ogos dan mereka akan menerima fon telinga WF-C510 bernilai RM299 dan beg kanvas percuma.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved