Sony Xperia 1 VI: Dari 4K turun ke FHD+, harapnya harga pun turun sama

Digital
17 May 2024 • 2:59 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sony telah mengumukan flagship terbaharu mereka untuk tahun 2024 iaitu Sony Xperia 1 VI. Perubahan terbesar yang dibawakan pada segi luaran adalah ia tak lagi dilengkapi panel paparan 4K sebaliknya diberikan panel FHD+ beresolusi 2340 x 1080 dalam nisbah 19.5:9 iaitu nisbah yang lebih petak berbanding 21:9 pada seblum ini.

image is not available

Lagi tentang panel paparan ini adalah ia dilengkapi teknologi TV Bravia dan dikatakan yang ini adalah Xperia paling cerah setakat ini pada kecerahan puncak mencapai 1,300nits.

image is not available

Penggunaan panel paparan beresolusi lebih rendah berbanding sebelum ini mungkin menyumbang kepada kecekapan bateri lebih baik. Sony mengatakan yang model kali ini ada hayat bateri 2 hari berbekalkan tangki bateri sebesar 5,000mAh. Tidak berkongsikan kadar kuasa masuk apabila dicas, Sony cuma beritahu yang telefon ini menyokong sistem pengecasan USB PD3.0.

image is not available

Beralih daripada panel paparan, perubahan kedua terbesar pada telefon ini adalah pada kamera telefoto. Ia kini menjangkau jarak fokal lebih jauh. Untuk generasi kali ini, kamera telefoto Sony Xperai 1 VI diberikan lensa berjarak fokal 85mm – 170mm optikal (~7x zum optikal) untuk bergandingan dengan kamera utama 48MP dan kamera ultralebar 12MP (0.6x). Di bahagian depan, selfie boleh diambil dengan kamera 12MP.

image is not available

Masih tentang kamera, Sony berkongsikan bahawa sistem kamera pada Xperia 1 VI mengguna pakai teknologi pemfokusan daripada kamera siri Alpha. Berbekalkan 399 titik fokus, ia boleh memastikan subjek berada dalam satah fokus setiap masa menggunakan algoritma AI, ciri yang sama pada kamera mirrorless flagship Sony.

image is not available

Atas papan utama, Sony Xperia 1 VI ditunjangi SoC Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Kapasiti storan yang diberikan agak menyedihkan untuk sebuah telefon berkelas flagship. Namun begitu, ini mungkin satu-satunya flagship yang masih mengekalkan ciri mikro-SD untuk perluaskan storan dan satu-satunya flagship yang masih ada jek audio 3.5mm.

image is not available

Telefon ini akan mula ditawarkan di Malaysia dalam bulan Julai 2024 nanti. Jangkakan harga yang aga "keras" apabila waktu itu tiba. Hal ini kerana, generasi terdahulu iaitu Xperia 1 V mempunyai tanda harga pelancaran RM6,399.

Anda boleh layari laman rasmi Sony Xperia 1 VI untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan