Sony Xperia 1 VI Mungkin Dilengkapi Tri-Kamera 48MP

TechnologyDigital
30 Jan 2024 • 2:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Desas-desus mengenai butiran kamera untuk peranti generasi baharu Sony Xperia 1 VI dilihat mula menjadi bualan. Namun bukan sahaja kameranya, malah poster yang mendedahkan tarikh pelancarannya juga ditemui dalam perkongsian yang sama.

image is not available

Melaluinya Sony dijangka menggunakan sensor 48MP Exmor T baharu untuk ketiga-tiga kamera utama. Salah satu daripadanya boleh menawarkan sensor berukuran 1/1.4″ bersama autofokus dwi-piksel yang pantas, dan saiz piksel 1.12 μm. Selain juga menawarkan zum optikal 2X.

Sensor seterusnya pula dijangka untuk kemampuan sudut ultra-lebar dengan panjang fokus 14-18mm. Diikuti juga sensor telefoto dengan sokongan zum optik 3X sekurang-kurangnya.

image is not available
Gambar sekadar hiasan – Sony Xperia 1 V

Peningkatan menarik boleh dilihat berbanding generasi sebelum sekiranya peranti ini benar-benar dilengkapi fungsi seperti yang digembar-gembur. Sekaligus diyakini berpotensi mencipta pengalaman fotografi lebih baik.

Peranti ini mungkin dilancarkan pada penghujung Februari melalui pentas utama MWC 2024, namun masih belum jelas mengenai spesifikasi lain dan reka bentuk penuh peranti.