Sony Xperia 10 VIII Dilancarkan Dengan Snapdragon 6 Gen 3 Dan Kamera 50MP

TechnologyDigital
25 Aug 2026 • 4:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony Xperia 10 VIII Dilancarkan Dengan Snapdragon 6 Gen 3 Dan Kamera 50MP

Seperti dijanjikan, Sony Xperia 10 VIII telah dilancarkan secara rasmi hari ini. Dari segi spesifikasi, model baharu ini masih mengekalkan cip, bateri dan prestasi keseluruhan seperti tahun lalu. Namun, peningkatan ketara hadir pada paparan, kamera dan perisian meskipun cip pemprosesan tidak berubah.

Image from: Sony Xperia 10 VIII Dilancarkan Dengan Snapdragon 6 Gen 3 Dan Kamera 50MP

Sony Xperia 10 VIII hadir dengan rekaan minimalis tanpa takuk atau skrin berlubang. Ia dipadankan dengan Skrin FHD+ OLED 6.1″ yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta diiklankan 50% lebih terang berbanding model sebelumnya. Peranti ini menggunakan cip Snapdragon 6 Gen 3 sama seperti Xperia 10 VII bersama memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan sistem operasi Android 16. Ia turut dilengkapi sistem dwi-kamera dengan sensor utama 50MP bersaiz 1/1.56 inci serta ultra-lebar 13MP.

Image from: Sony Xperia 10 VIII Dilancarkan Dengan Snapdragon 6 Gen 3 Dan Kamera 50MP

Bateri 5000mAh digunakan mampu bertahan sehingga dua hari penggunaan. Syarikat itu turut mengekalkan butang pengatup kamera fizikal yang menjadi ciri ikonik mereka di samping menambah baik sokongan pembesar suara bagi menghasilkan bunyi lebih mantap. Selain itu, Sony memperkenalkan fungsi baharu ‘Point & Pay’ yang membolehkan pengguna menekan butang kuasa sebanyak dua kali untuk mendapatkan akses pantas ke kod QR pembayaran.

Image from: Sony Xperia 10 VIII Dilancarkan Dengan Snapdragon 6 Gen 3 Dan Kamera 50MP

Sony Xperia 10 VIII ditawarkan pada harga €599 (~RM2,824) dan mula dipasarkan di Eropah sekitar pertengahan hingga akhir September 2026. Sony turut mengesahkan peranti ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia namun tarikh rasmi pelancaran masih belum diumumkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved