Sony Xperia I VII Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM6499 – Percuma WH-1000XM6

LocalTechnology
25 Aug 2025 • 7:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony Xperia 1 VIII akhirnya boleh dibeli di Malaysia selepas beberapa bulan ditunda disebabkan oleh isu perkakasan selepas ia dilancarkan di pasaran lain. Hari ini jualan Xperia 1 VII telah dimulakan semula di Eropah.

Apabila laman Sony di Malaysia dibuka pagi ini, dalam diam telefon pintar mercu ini juga sudah boleh dibeli pada harga RM 6499 dalam warna Black, Moss Green, dan Orchid Purple. . Pembeli peranti di Malaysia turut akan menerima sepasang fon kepala Sony Xperia WH-1000XM6 bernilai RM2099 secara percuma.

image is not available

Sony Xperia 1 VII dilengkapi skrin 6.5 AMOLED LTPO 120Hz yang menyokong paparan HDR BT.2020. Ia dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite, memori 12GB RAM dan storan 256GB sahaja tetapi dengan sokongan kad mikro SD. Bateri pula sebesar 5000 mAh dengan pengecasan pantas 30W sahaja secara berwayar, 15W secara nirwayar dan berbalik juga secara nirwayar.

image is not available

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 48MP, lensa ultra sudut lebar 48MP dan lensa telefoto 12MP. Di hadapan sensor 12MP digunakan untuk kamera swafoto. Teknologi kamera Sony Alpha diterapkan dalam perisian dengan terdapat ciri Auto Framing yang memastikan subjek sentiasa berada dalam bingkai gambar.

Sony Xperia 1 VII menggunakan Android 15 dengan ia akan menerima kemas kini 4 versi Android dan 6 tahun tampalan sekuriti.