Sony Xperia PRO-I ialah telefon pintar paling mercu ditawarkan oleh Sony tahun lalu. Ia bukan sahaja dilengkapi sensor terbaik Sony tetapi turut boleh digunakan bersama sistem kamera digital Sony Alpha. Tahun ini ia model baharu tidak dilancarkan serentak dengan Sony Xperia 1 V menimbulkan pertanyaan sama ada ia telah dibatalkan.

Tetapi imej skematik untuk peranti yang didakwa adalah Sony Xperia PRO-I II telah tertiris menunjukkan ia hadir dengan hanya dua lensa kamera di belakang. Ini adalah kerana ia akan menjadi telefon pintar pertama dengan dua sensor 1-inci. Sebuah imej pengolokan turut telah dihasilkan berdasarkan skematik di atas.

Sony masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kewujudan telefon pintar ini. Adakah skematik dihasilkan hanya untuk ia dibatalkan kemudian atau seperti pengeluar lain model paling premium hanya akan dilancarkan untuk H2 2023.
- Sumber
- SumahoDigest
