Sony ZV-1 II Dilancarkan Dengan Lensa Zum Lebih Luas Khusus Untuk Vlogger

TechnologyDigital
24 May 2023 • 11:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony ZV-1 II telah diumumkan secara rasmi sebagai satu lagi pilihan baharu bagi kamera kompak memfokuskan kepada rakaman video vlog. Perbezaan terletak pada sokongan zum sudut ultra lebar di antara 18-50mm f1.8-4 yang lebih luas berbanding generasi sebelum ini. Ini menjadikannya sesuai untuk pelbagai adegan sama ada landskap atau swafoto berkumpulan, namun tiada fungsi penstabilan optik disertakan.

image is not available

Sama seperti sebelum ini, Sony ZV II juga menggunakan sensor 12.1 Megapixel CMOS Exmor RS dengan cip pemproses imej BIONZ XR. Binaan tubuh dan kawalan juga masih sama termasuk sokongan skrin yang boleh diputar. Namun tiada sokongan pemidang kamera elektronik disertakan.

image is not available

Sebahagian besar kemampuan rakaman video juga tidak berubah dengan rakaman maksimum 4K/30fps 8 bit. Cumanya tetapan mod sinematik kini ditambahbaik dengan tambahan bar hitam di bahagian atas dan bawah bingkai rakaman, di samping turut memperkenalkan fungsi pratetap warna gaya filem yang membenarkan pengguna memilih ton dan gaya secara terus semasa rakaman.

image is not available

Seterusnya ia jubga mempunyai mikrofon terbina dengan tiga mod pemilihan bunyi sama ada hadapan, belakang dan automatik dengan kesan audio yang boleh dilaras bergantung pada adegan rakaman. Kamera ini telah disenaraikan di laman web rasmi Sony Malaysia tanpa harga jualan yang didedahkan buat masa ini.

View Original Article