Sony ZV-E10 II Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Dengan Harga RM4,999

TechnologyDigital
30 Jul 2024 • 3:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lepas, buat pertama kalinya saya menguji sebuah kamera nircermin iaitu Sony a6700 yang berharga RM7,099 tetapi mempunyai kemampuan seakan Sony FX30 yang berharga RM9,799. Terbaru, Sony ZV-E10 II pula telah dilancarkan dengan harga lebih mampu milik iaitu RM4,999. Kamera baharu ini turut mempunyai kemampuan lebih kurang sama dengan FX30.

image is not available

ZV-E10 II dilengkapi dengan sensor 26MP Exmor R CMOS APS-C yang dipadankan dengan cip pemprosesan imej BIONZ XR yang 8x lebih berkuasa. Kamera turut boleh melakukan rakaman video sehingga 4K/60p 10-bit 4:2:2 10bit menerusi mod S-Log atau S-Cinetone. Semua tahu yang kamera Sony menyokong sistem fokus terbaik, jadi Sony menjadikannya lebih baik dengan Autofokus pengesanan-berfasa 756-titik.

image is not available

Tiga mikrofon turut disertakan untuk rakaman audio dengan pembatalan hingar. Untuk penstabilan, Sony menggunakan giroskop dan EIS Active Mode. Sony turut menjanjikan bateri bertahan melebihi dua jam untuk penggambaran filem.

image is not available

Perkhidmatan Creators Cloud untuk sandaran fail-fail media ke awanan turut disediakan. Memandang kamera ini dilancarkan untuk para pencipta kandungan ciri seperti Cinematic Vlog Setting, Product Showcase, Background Defocus dan banyak lagi yang lain.

image is not available
Sony Shooting Grip (GP-VPT2BT) sebagai tripod dan alat kawalan.

Hari ini Sony Malaysia mengumumkan yang ZV-E10 II sedia dibeli pada harga RM4,999 untuk tubuh sahaja atau RM5,199 dengan lensa 16-50mm Power Zoom yang menjanjikan mempunyai kualiti bertaraf kamera bingkai penuh. Setiap pembelian turut melayakkan anda menerima kad SD 64GB dan bateri NP-FZ100.

image is not available

Penghantaran produk bagi yang membeli di atas talian hanyalah dari 7 Ogos ke atas. Hanya di Midvalley sempena pelancaran, RM4,999 akan melayakkan anda menerima lensa Power Zoom baharu.