
SOOK: Daerah Kecil Sook akan diisytiharkan sebagai Daerah Penuh dalam masa terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Alfred Angin.
Katanya, pada masa ini ia dalam penelitian Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kajian akhir sebelum pengisytiharannya.
Ellron yang juga Adun Sook berkata, selepas kajian akhir nanti ia akan dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam kepada Jemaah Menteri Negeri untuk tindakan lanjut.
