Sooka mengumumkan kerjasama eksklusif dengan beberapa jenama terkemuka termasuk Maxis, Etiqa, U Mobile, Grab, MAE by Maybank2u, Sports Direct, ZUS Coffee dan VIU. Usaha ini bertujuan menawarkan nilai hiburan yang lebih menarik kepada pengguna melalui pelbagai promosi masa terhad.

Pelanggan Maxis Pascabayar dengan pelan 139, 169 dan 199 layak menikmati akses percuma selama 6 bulan kepada sooka Premium. Pelanggan Hotlink Prabayar yang melanggan Pas Internet Bulanan RM55, serta Hotlink Pascabayar dengan pelan 45, 60 dan 70 yang menambah add-on 2X data pada RM9.90 pula layak menerima akses percuma selama 30 hari kepada pelan sooka Sports & Entertainment.

Untuk pelanggan Maxis lain, sooka Premium boleh dilanggan pada harga promosi RM25 sebulan berbanding harga asal RM50.90, atau menambah pakej Super Streamer pada kadar RM15 sebulan. Tawaran ini sah sehingga 31 Januari 2026.

Pengguna baharu dan sedia ada sooka juga boleh menerima pelan insurans kemalangan peribadi bernilai RM10,000 daripada Etiqa yang sah selama 30 hari bermula dari tarikh pengaktifan. Selain itu, pelanggan Etiqa turut diberikan akses percuma selama 10 hari kepada pelan Sports & Entertainment sooka melalui baucar yang juga akan dihantar melalui e-mel. Tawaran ini sah sehingga 31 Januari 2026.
Dalam masa yang sama, U Mobile menawarkan pakej eksklusif U Home 5G x sooka Premium yang menggabungkan jalur lebar 5G berkelajuan tinggi dengan akses penstriman sooka. Tawaran ini boleh didapati melalui aplikasi MyUMobile dan sedang berlangsung.

Seterusnya, pengguna Grab boleh menebus pelan Sports & Entertainment sooka selama 14 hari secara percuma menggunakan mata ganjaran Grab Rewards. Kod pengaktifan akan diberikan untuk digunakan di laman web atau aplikasi sooka. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2025.
Melalui kempen ‘JOM MAE’, pengguna yang membuka MAE Wallet dan melengkapkan pendaftaran akan menerima ganjaran tunai serta kod untuk akses percuma selama 14 hari kepada pelan Sports & Entertainment sooka. Tawaran ini turut sah sehingga 31 Disember 2025.

Bagi ahli Sports Direct yang membuat pembelian di kedai atau secara atas talian, mereka akan menerima akses percuma selama 7 hari kepada pelan Sports & Entertainment sooka. Tawaran ini sah sehingga 26 Februari 2026.
Selain itu, pelanggan ZUS Coffee boleh menebus mata ganjaran melalui aplikasi ZUS untuk menikmati akses percuma selama 7 hari kepada pelan Sports & Entertainment sooka. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2025.
Akhir sekali, peminat sooka dan VIU boleh melanggan pakej gabungan kedua-dua platform bermula dari RM21.90 sebulan melalui laman web sooka. Tawaran ini sedang berlangsung.
