SOP Untuk Kenderaan Berat Akan Dikeluarkan Mei Ini, - JPJ

LocalPolitics
14 Apr 2025 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan baharu membabitkan kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam melebihi 7.5 tan dan ke atas pada Mei ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata langkah itu diambil berikutan peningkatan kes kemalangan membabitkan kenderaan berat terutama lori kebelakangan ini.

"Antara perkara yang sedang diperincikan termasuk SOP serta tindakan yang akan diambil terhadap pemandu yang memandu melebihi had laju ditetapkan sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

image is not available

"Kita nampak memang kes untuk kenderaan perdagangan ini makin meningkat dan salah satu faktornya adalah (pemandu) kenderaan-kenderaan ini membawa kenderaan mereka melebihi had laju yang ditetapkan

"Jadi salah satu langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah mengurangkan had laju kenderaan-kenderaan ini. Jadi ini yang kita sedang perincikan dan kita akan umumkan perincian dalam masa terdekat, mungkin dalam Mei nanti," katanya.

Antara SOP dan garis panduan baharu itu termasuk tindakan terhadap kenderaan perdagangan yang melebihi had laju dan larangan kenderaan perdagangan untuk menggunakan lorong kanan di semua jalan utama dan lebuh raya sebelum ini.

Katanya, penambahbaikan itu akan memperincikan SOP dan garis panduan serta tindakan-tindakan yang akan diambil di peringkat agensi penguat kuasa seperti JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).