"Sopan Je Dia Menari!" - Majlis Perkahwinan Sweet Dan Adam Buat Netizen Berdebat

EntertainmentMusic
25 Oct 2022 • 12:03 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Semalam, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina sah bergelar sebagai suami isteri. Mereka selamat diijabkabulkan kira-kira pukul 10.40 pagi semalam di The Boathouse, Ampang.

Pasangan sama cantik sama padan itu turut melakukan majlis perkahwinan pada malam semalam yang dihadiri keluarga, saudara mara dan juga rakan artis.

Namun, menerusi videoTikTok yang dikongsi oleh seorang @piyaasoff, kelihatan Sweet bersama beberapa wanita yang lain sedang gembira menari ketika majlis berkenaan berlangsung.

Susulan dari video tersebut, netizen meluahkan pendapat masing-masing. Ada yang suka akan tarian yang dipersembahkan dan gembira dengan majlis perkahwinan mereka tetapi ada juga yang berpendapat tarian itu tidak patut dipersembahkan kerana tidak sesuai dan terlampau mengikut budaya barat.

Takpalah, majlis mereka dan mereka berhak selagi tidak menampilkan tarian yang melampau. Apa-apa pun selamat pengantin baru buat Sweet dan Adam!