Sophia Albarakbah akui trauma bercinta, suka lelaki jujur & tak curang

3 Jul 2024 • 4:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Sophia Albarakbah akui trauma bercinta selepas ditanya oleh salah seorang pengikut di Instagram Story, semalam.

Pendedahan itu dibuat oleh Sophia bagi menjawab persoalan netizen berdasarkan pautan Ask Me A Question di IG.

Sophia Albarakbah akui trauma bercinta

Pelakon filem Saka Perawan itu mengakui dirinya trauma untuk kembali bercinta lagi apabila ditanya mengenai status terkininya.

“Saya trauma, biarkan saya sendiri. Bye,”jawabnya ringkas.

image is not available

Kongsi ciri-ciri lelaki idaman

Dalam hantaran berikutnya, pemilik nama Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman berkongsi ciri-ciri lelaki idaman yang mahu dimilikinya selain kelakar.

Menerusi perkongsian tersebut, Sophia memberitahu dia lebih mengutamakan jejaka yang bersikap jujur dan tidak berlaku curang dalam suatu perhubungan.

Bukan itu sahaja, aktres berusia 31 tahun turut mengimpikan lelaki yang bertanggungjawab dalam segala aspek, tidak baran, berusaha memperbaiki diri serta tidak lari daripada masalah.

“Saya suka lelaki kelakar, tapi lagi suka kalau dia bukan penipu, tak curang.. Melindungi dan ikhlas menyayangi saya, bijak, matang, bertanggungjawab, memahami, tak baran, cakap lembut, romantik, menyokong dan mempertahankan saya,” katanya.

image is not available

Tambahnya, dia juga suka akan lelaki yang pandai menjaga diri sendiri terutama tidak terlibat dengan dadah, kreatif dan seseorang yang membuatkan dirinya senang berkomunikasi.

image is not available

Terdahulu, nama Sophia menjadi bualan ramai selepas namanya terpalit sebagai seorang ketiga dalam rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah sebelum kehadiran pelakon Ruhainies.

Sumber: Instagram Sophia AlBarakbah