Sophia AlBarakbah Dihujani Komen Netizen, Siap Ada Yang Sound Jangan Cuba Sondol Laki Orang

Entertainment
30 Jan 2023 • 5:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Akaun media sosial pelakon jelita, Sophia AlBarakbah dihujani komen netizen selepas penyanyi Bella Astillah mendedahkan ada heroin drama membuat cubaan menyondol suaminya.

Meskipun Bella tak menyebut sebarang nama, netizen serkap jarang mendakwa Sophia wanita yang dimaksudkan kerana baru-baru ini dia dan Aliff Aziz ada bergandingan bersama dalam satu drama.

image is not available

Meninjau ke perkongsian video di TikTok, orang ramai menasihati wanita ini supaya tak mencuba menghancurkan kebahagiaan rumah tangga orang lain.

image is not available

image is not available

image is not available

Ada juga peminat meluahkan rasa kecewa jika benar pelakon kegemarannya itu berkelakuan seperti itu. Katanya Sophia berwajah cantik dan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan.

image is not available

image is not available

image is not available

Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan ada seorang heroin drama menghubungi suaminya berkali-kali. Aktres itu juga mengaku sudah jatuh cinta dengan Alif Aziz dan memohon maaf di atas ketelanjurannya itu.

Setakat ini, Sophia tak memberi sebarang penjelasan mengenai khabar angin yang tersebar itu. Malah, cubaan wartawan Kosmo! untuk menghubunginya juga gagal.

Kredit: Kosmo! | TikTok @sophiaalbarakbah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.