Sophia Albarakbah enggan ulas dakwaan putus cinta dengan Mr Doctor

Entertainment
28 Aug 2023 • 10:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Umum ketahui, aktres jelita Sophia Albarakbah menjalinkan hubungan percintaan dengan kekasih hati namun merahsiakan identiti individu tersebut yang hanya dikenali sebagai Mr Doctor.

Walau bagaimanapun, timbul pula dakwaan daripada sesetengah pihak yang mengatakan hubungan pelakon berusia 30 tahun dengan teman lelakinya itu sudah berakhir baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon yang memegang watak Elize dalam filem Miimaland itu berkata, dia enggan memberi komen tentang perkara tersebut dengan lebih lanjut sebaliknya mahu memberi fokus kepada projek filem baru.

“Maaf, tidak mahu komen mengenai perkara itu.

“Saya sibuk membuat persiapan untuk ke lokasi penggambaran termasuk projek filem baru tidak lama lagi,” katanya.

Sebelum ini, Sophia atau nama gelarannya Sophie Koshka pernah mencuri perhatian ramai apabila ditemani Mr Doctor ke majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

image is not available

Foto: FB Akashah Ismail

Terdahulu, pelakon berdarah kacukan Cina, Arab dan Melayu itu pernah terpalit dengan kontroversi apabila didakwa cuba mengganggu rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astilah.

Sumber: Hariam Metro (Ramlah Zainal), Instagram Sophia Albarakbah