Sophia Albarakbah Lega, Bakal Ke Pejabat SKMM Minggu Depan – “Buli Boleh Buat Orang Mat*”

LocalEntertainment
13 Aug 2025 • 12:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon jelita, Sophia Albarakbah yang ditemui media meluahkan rasa lega apabila selesai membuat laporan berkenaan buli dan diganggu secara seksual di media sosial.

Sophia memaklumkan bahawa dia akan ke pejabat SKMM minggu hadapan bagi memberikan keterangan berkenaan kes tersebut.

Selepas buat laporan polis tempoh hari, minggu depan saya akan ke pejabat SKMM beri kenyataan di sana. Sekarang barulah ada rasa lega sedikit.

Saya buat perkara ini bukan untuk diri sendiri tetapi untuk semua orang, terutamanya selebriti, sebab saya rasa golongan ini kerap jadi manga buli siber.

Perkara ini bukan sesuatu yang patut dinormalisasikan, apatah lagi sekarang kes adik Zara, buli boleh akibatkan kematian.

Dia juga menafikan bersikap ‘mengada-ngada’ susulan laporan polis namun mengakui netizen mula menyedari setelah pelakon itu memberikan bukti gangguan.

Sophia juga meluahkan rasa syukur kerana menerima sokongan daripada rakan artis yang pernah melalui situasi yang sama.

Terdahulu, Sophia bersama peguamnya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur atas sebab menerima gangguan dan kecaman melampau di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-10 10:43:53

Tak Gila Publisiti, Sophia Albarakbah Dedah Terima Mesej & Foto Lucah Melampau! - "Bukan Balas Dendam, Ada Jauh Lebih Teruk"

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved