Selepas lama dihimpit pelbagai gosip, pelakon Sophia Albarakbah kini lega apabila kehidupannya kembali tenang dan jauh dari sebarang kontroversi. Katanya, tahun ini memberi ruang untuknya fokus sepenuhnya kepada kerjaya dan keluarga.
Sophia juga tidak menafikan pernah berdepan tekanan emosi yang memberi kesan besar terhadap kesihatan mentalnya. Dia mendedahkan pernah mengalami gangguan stres pascatrauma (PTSD) akibat fikiran yang kusut dan tekanan dalam kehidupan peribadi.
“Alhamdulillah bahagia, tiada orang yang memeningkan kepala, buat saya rasa tertekan, keresahan dan ada PTSD,” katanya memetik laporan Harian Metro.
- Dr Asyraf Wajdi gesa pelajar MRSM laporkan terus isu buli
- Kunjungan raya keluarga mendiang pelakon Ramasundran curi tumpuan
- Apple terbangkan 5 pesawat penuh iPhone dari India dan China ke AS dalam 3 hari untuk elak cukai Trump
- Amerika Syarikat serang balas sekali lagi! Kali ini dengan tarif 125% terhadap China
- Lelaki disyaki rakyat Malaysia rompak emas RM1.17 juta di Hat Yai
Sebelum ini, dia turut mengumumkan perpisahan dengan seorang doktor pada September 2023 yang turut memberi kesan terhadap berat badannya. Namun kini, Sophia memilih untuk memberi tumpuan kepada diri sendiri dan menutup pintu hati buat sementara waktu.
“Saya tutup pintu hati dulu. Berkawan biasa itu boleh tapi kalau sudah tunjuk lebih-lebih, saya memang akan berusaha menjauh.”
Soal jodoh tidak menjadi tekanan buatnya, malah dia bersyukur keluarganya tidak pernah mendesak untuk berkahwin. Jika jodoh tiba, dia mahu pilihannya sendiri — bukan ditentukan orang lain.
“Saya yang akan berkahwin dengan orang itu bukan mereka. Saya juga yang kena hadap perangainya nanti.”
Dari segi kerjaya, Sophia kini sibuk dengan pelbagai penggambaran sejak awal tahun, termasuk dua telefilem Anak Mak dan Mak Cun Healing Di London, siri web Aku Cinta Dia serta sebuah filem seram yang masih belum diumumkan tarikh tayangannya.
The post Sophia Albarakbah lega bebas gosip, dedah pernah alami PTSD akibat tekanan fikiran appeared first on The Reporter.

