Pelakon Sophia Albarakbah akui walaupun namanya sering terpalit dengan pelbagai kontorversi dia tetap bersyukur apabila bakat lakonan dikenali ramai. Malah, sehingga melayakkan dirinya terpilih dalam Top 5 ABHBH35 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Menurut Sophia, apabila sudah bergelar selebriti dia sedar dirinya tidak akan terlepas dari kontroversi dan tidak kisah jika berpendapat namanya dipilih disebabkan kisah ‘penyondol’ itu.

Saya gembira kerana peminat menyokong dan menghargai saya. Sesungguhnya, saya tidak meletakkan apa-apa harapan. Tetapi, apabila dimaklumkan nama saya berjaya melangkah ke Top 5 di samping nama hebat, tentunya saya amat terkejut.
Tambahan, Sophia juga mahu dikenali dengan hasil kerja seninya bukan kerana kontroversi semata-mata.
Saya berterima kasih kepada peminat yang bersusah payah mengundi, ini bermakna bakat dan hasil seni saya diiktiraf. Saya akan terus memberikan hasil lakonan terbaik buat peminat.
Sedikit info, Sophia Albarakbah sering menjadi bualan netizen di media sosial apabila terlibat dalam isu mengganggu rumah tangga pelakon Bella Astilah dan suami, pelakon Aliff Aziz ketika mereka berdua terlibat dalam penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Kredit: BH Online
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

