Pelakon Sophia Albarakbah tak sengaja tayang lurah berhubung penampilannya di sebuah acara fesyen baru-baru ini mengundang kecaman ramai apabila dikatakan berpakaian seksi sehingga menampakkan sebahagian dadanya.
Sophia atau nama sebenar Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman berkata, pilihan busana itu dilakukan bagi menghormati karya pereka fesyen yang telah menaja pakaiannya pada malam tersebut.
Dalam masa sama, Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular ke-35 itu menafikan dakwaan dirinya sengaja mencipta kontroversi untuk tujuan publisiti. Artikel lain: Makin seksi! Netizen dakwa Sophia Albarakbah sengaja tayang lurah -“Berani tunjuk aset..” Terdahulu, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial selepas penampilannya dikatakan terlalu seksi. Menerusi hantaran seorang jurusolek di Instagram, Sophia dilihat menggayakan busana hitam yang menampakkan lurah dadanya ketika menghadiri sebuah acara fesyen baru-baru ini. Dalam perkembangan lain, Sophia menjadi wajah rakan strategik butik Amber iaitu sebuah jenama di bawah Usanita Sdn Bhd menumpukan pada produk kecantikan dan fesyen. Selain Sophia, pelakon Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Nora Danish dan Fattah Amin turut dipilih sebagai wajah rakan strategik Amber.
“Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu penampilan seksi sehinggalah seseorang memberitahu saya. Saya hanya menggayakan baju ditaja.
“Terima kasih kepada semua yang prihatin tentang penampilan saya. Saya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian,”ujar aktres berusia 32 tahun itu.

Sophia Albarakbah tak sengaja tayang
“Kita tidak boleh elak daripada kecaman orang, ia bukan sesuatu yang baru malah nanti akan ada lagi orang bercakap tentang saya.
“Saya tahu sebagai seorang figura, kita perlu berdepan dengan kecaman-kecaman ini.
“Saya tidak rasa sengaja cetuskan kontroversi, saya hidup macam biasa sahaja tetapi orang memilih bercakap tentang saya,” ujarnya. lagi.


Untuk info, Amber diusahakan oleh Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan selepas mempunyai beberapa cabang lain seperti Usanita Entertainment yang bakal menerbitkan filem dan telefilem.
Sumber: Utusan TV (Anna Mohamed)
