Sora Kini Mencapai Angka 1 Juta Muat-Turun

Digital
10 Oct 2025 • 3:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI mencatat kejayaan baharu apabila aplikasi penjanaan video berasaskan AI, Sora mencapai 1 juta muat-turun dalam tempoh kurang lima hari selepas pelancarannya. Ketua Sora, Bill Peebles mengesahkan bahawa jumlah tersebut merangkumi semua platform walaupun aplikasi itu masih dalam mod jemputan dan hanya tersedia di Amerika Syarikat serta Kanada.

image is not available

Pelancaran Sora baru-baru ini turut memperkenalkan ciri yang membolehkan pengguna mencipta dan berkongsi video AI dalam format menegak seperti TikTok. Berbeza dengan TikTok, Sora boleh menjana video sepenuhnya menggunakan kecerdasan buatan. Pengguna hanya perlu memberikan arahan ringkas dalam aplikasi untuk menghasilkan video tertentu.

image is not available

Melalui fungsi Cameo, pengguna boleh mencipta video yang menampilkan wajah mereka sendiri atau individu lain yang telah memberikan kebenaran untuk berkongsi dengan aplikasi tersebut. Pasukan pembangunan Sora turut giat menambah ciri baharu serta memperbaiki isu berlebihan bagi menyokong pertumbuhan aplikasi ini.