Sorok dadah RM2.4 juta dalam bungkusan ikan bilis, udang kering

19 Nov 2025 • 1:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Taktik tiga lelaki warga Jepun menyeludup dadah jenis kokain bernilai RM2.4 juta dengan menutup bungkusan tersebut menggunakan ikan bilis dan udang kering dalam enam bagasi terbongkar.

SEPANG - Taktik tiga lelaki warga Jepun menyeludup dadah jenis kokain bernilai RM2.4 juta dengan menutup bungkusan tersebut menggunakan ikan bilis dan udang kering dalam enam bagasi terbongkar selepas mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Selasa.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan berkata, dalam kejadian pada jam 1.45 pagi, tiga lelaki itu tiba dari Bangkok, Thailand.

"Pegawai AKPS mengesan imej mencurigakan melalui mesin imbasan bagasi.

"Semasa pemeriksaan fizikal ke atas salah satu daripada enam bagasi dan beberapa beg galas, pegawai menemukan bahan yang dipercayai dadah jenis kokain yang diselindungkan dengan menutupi bungkusan tersebut menggunakan ikan bilis serta udang kering dibungkus secara vakum bagi mengaburi pengesanan," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan keseluruhan bagasi turut mengesahkan bahawa kesemua enam bagasi tersebut mengandungi dadah kokain seberat 12 kilogram.

"Kesemua suspek telah ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kes telah diserahkan sepenuhnya kepada Bahagian Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan lanjut," ujarnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved