Sorok rokok seludup dalam kandang kambing

5 Nov 2026 • 9:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sorok rokok seludup dalam kandang kambing
PGA membongkar taktik menyembunyikan rokok tidak bercukai di dalam kandang kambing di Kampung Berlian, Palekbang, Tumpat pada Rabu. Foto PGA
Image from: Sorok rokok seludup dalam kandang kambing
Seorang lelaki ditahan dipercayai terbabit dalam kegiatan penjualan rokok tidak bercukai sejak lapan tahun lalu. Foto PGA
Image from: Sorok rokok seludup dalam kandang kambing
Beberapa kotak berwarna coklat dan bungkusan plastik lutsinar mengandungi karton rokok putih yang disembunyikan di bawah sebuah kandang kambing tidak digunakan. Foto PGA

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar taktik menyembunyikan rokok tidak bercukai di dalam kandang kambing selepas menyerbu tempat tersebut di Kampung Berlian, Palekbang di sini pada Rabu.

Serbuan kira-kira jam 10 malam itu membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penjualan rokok tidak bercukai sejak lapan tahun lalu.

**media[3700450]**

Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam operasi berkenaan, anggota Task Force Batalion 7 PGA Kuantan menemui 18,000 batang rokok putih dipercayai tidak bercukai dianggarkan bernilai RM33,660.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan selepas pasukan operasi menerima maklumat sebelum menyerbu kandang kambing berkenaan.

"Ketika tiba di lokasi, seorang lelaki tampil mengaku sebagai pemilik kambing sebelum pemeriksaan menyeluruh dilakukan di sekitar kawasan itu.

"Pemeriksaan kemudian menemukan beberapa kotak berwarna coklat dan bungkusan plastik lutsinar mengandungi karton rokok putih yang disembunyikan di bawah sebuah kandang kambing tidak digunakan," katanya kepada pemberita pada Khamis.

**media[3700453]**

Beliau berkata, lelaki terbabit ditahan dan kesemua rokok berkenaan dirampas untuk tindakan lanjut.

Katanya, hasil soal siasat awal mendapati suspek yang bekerja sebagai peniaga mengaku sudah menjalankan perniagaan rokok tidak bercukai selama lapan tahun dan pernah ditangkap sebelum ini.

"Suspek turut memaklumkan memperoleh bekalan daripada seorang lelaki dikenali sebagai Tan yang dipercayai berpengkalan di Wakaf Bharu.

"Dia juga mengaku membuat tempahan kira-kira dua peti rokok seminggu, bergantung kepada permintaan," katanya.

Ahmad Radzi memberitahu, suspek dan rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved