Southern Power Milik TNB Bincang Dengan LHDN Isu Cukai Tambahan RM78 Juta

Business & Finance
15 Jan 2024 • 10:46 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Southern Power Generation Sdn Bhd yang 70% dimiliki TNB memaklumkan pihaknya dalam perbincangan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi kemungkinan penyelesaian di luar mahkamah selepas mendapatkan kebenaran mahkamah untuk mencabar cukai tambahan RM78.49 juta.

Menurut laporan DagangNews.com, mahkamah kini menetapkan 28 Mac sebagai tarikh pendengaran seterusnya susulan pendengaran kes yang dijadualkan pada Khamis lalu tidak dilangsungkan berikutan perbincangan penyelesaian tersebut.

Cukai tambahan RM78.49 juta

image is not available

Difahamkan, SIPP Energy Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Kerabat Johor memegang 30% kepentingan ekuiti daripada baki cukai tambahan terhadap Southern Power itu.

Pada bulan Mei tahun lepas, notis penilaian cukai tambahan telah dikeluarkan terhadap Southern Power dan kemudiannya meminta izin kepada mahkamah untuk mencabar keputusan LHDN menerusi semakan kehakiman.

image is not available

Susulan itu, mahkamah memberi kebenaran untuk meneruskan cabarannya pada September tahun lepas.

“Jika pihak -pihak berjaya mencapai penyelesaian sebelum 28 Mac 2024, pendengaran juga tidak akan diadakan,” kata TNB.

image is not available